Pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara calon Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.Sangat dasyat sekali bila rakyat malaysia bersuara.
Sekarang ni semu perhatian dibawa kesana kerana dengar-dengarnya ada desas desus akan berlakunya pecah undi. Betul ker ????
Yang pasti anak-anak Minang di Jelebu ni tak kiralah Dari Parti Kerajaannya ( BN ) dan Parti Pembangkang ( PAS / PKR ) sendiri semakin ramai yang ke sana bagi sama-sama memeriahkan suasana disamping berusaha untuk parti masing-masing.Insyallah.
Pada 17 Januari ini, SPR anggarkan seramai 80,229 pengundi berdaftar meliputi 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pengundi pos akan mengundi. Peratus pengundi di Kuala Terengganu yang keluar membuang undi pada pilhanraya umum yang lalu melebihi 80%, jumlah yang memberangsangkan. Ini bermakna rakyat Kuala Terengganu memang menitikberatkan masa depan mereka dan teliti dalam memilih pemimpin mereka.
Tetapi persoalannya sudah bersediakah rakyat Terengganu memilih bakal pemimpin mereka atau mereka masih keliru dengan berbagai isu yang disuarakan bermacam pihak ?
Bagaimana peratusannya nanti adakah akan menujukkan pertambahan pengundi ke mana-mana pihak atau semakin ramai yang mendiamkan diri ?
Suarakan pandangan anda anak-anak minag semoga dapat dikongsikan bersama....
Salam...........pilihanraya Kecil Terangganu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan