28 Jun 2009

PANTUN : SEPALIT KAPUR

Cengkerang
Tanah liat asal diri
Putih mu bak putih salju
Lembut mu membakar lidahS
ecalit tidak berasa gundah

Untai-untai segagang sirih
Asal liat rapuhlah ia
Gobek-gobek tidaklah jerih
Kepal-kepal ditelan jua

PANTUN : SIRIH PINANG

Sirih junjung sirih pinang
Sirih kami susun bertingkatA
dat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat

Sirih junjung sirih pinang
Sirih kuning diberi nama
Adat dijunjung pusaka dikenang
Hidup berbudi muafakat bersama

Sirih kuning sirih dara
Sirih tanya berserta cincin
Hidup beradat aman sejahtera
Budaya lama tetap terjamin

Sirih kuning diberi nama
Sirih tanya berserta cincin
Hidup berunding muafakat bersama
Bangsa mulia budaya dijamin

Orang Jawa turun ke dusun
Singgah sejenak di pinggir kota
Kami bawa sirih tersusun
Sudilah sepiak pembuka kata

15 Jun 2009

Pengacara Adat Istiadat Istana Negeri Sembilan

kepada sesiapa yang ingin menimba pengalaman serta menambah pengetahuan berkenaan pengacaraan majlis dalam adat istiadat Istana Negeri Sembilan boleh la melawat blog berikut yang menayangkan beberapa video klip dari masa ke semasa memeprlihatkan bakat-bakat muda dalam pengacaraan majlis...
Untuk makluman semuo ni la barison pelapies mudo yang bakai menggantikan kito......mari sokong meka semuao yo

semak : akutokmuda.blogspot.com

14 Jun 2009

KATA - KATA ADAT MINANG

Partamo sambah menyambah
kaduo siriah jo pinang
katigo baso jo basi
Banamo adat sopan santun.

apo macam.....dapat tak memahami nyo masksuod tersirat

7 Jun 2009

Komunis CHIN PENG Wajarkah diberi Pengampunan

Den nengok la kebelakangan ni banyak sangat yang dok cito pasai " Chen Ping" la pasai "Komunis" la apo hangpo semuo udah lupo......................Iblis ni la yang menyusahkan negara tercinto ni dulu..........perjuangan membabi buta mereka yang mengheret negara ke ambang perpecahan dan kekejaman............den ingat gi ado kawan den cito atoknya dulu mati dibunh komunis apo ni yang kito maafkan.........................ramai pejuang bangsa gugur ke muka bumi memerangi komunis durjana ni tapi apo gilo ko budak-budak sekarang dok ngikut jerit-jerit "bebaskan Chin Peng" udah nak mampus agaknyo...............
Wahang semua sodar la sebelum terlambat................KOMUNIS hanya membawa sengsara bukan bahagia.............