27 Apr 2009

7Eleven Nak Di BOIKOT.....................Kenapa ????

Semasa Mesyuarat Agung PAS Kawasan Rembau kali ke 6 pada Ahad 19 April 2009 di Markas PAS Kawasan Rembau di Kg Senama beberapa perwakilan telah membangkitkan kerisauan yang amat sangat akan gejala minum arak yang semakin kronik di kalangan orang Melayu khususnya di kawasan Rembau.
Ramai perwakilan yang setuju satu langkah yang drastik perlu diambil oleh umat Islam yang prihatin agar tindakan 7 Eleven yang menggaji pekerja Melayu menjual arak kepada orang Melayu. Walaupun ada terdapat kenyataan bahawa arak tidak boleh dijual pada orang Islam namun penguatkuasaannya adalah amat lemah memandangkan rangkaian 7 Eleven ini beroperasi 24 jam.
Justeru itu marilah semua umat Islam yang prihatin agar kita semua memboikot rangkaian kedai 7 Eleven demi menyelamatkan generasi umat Islam dan bangsa Melayu.
Ini merupakan keterangan yang dipetik dari Laman Blog PAs Negeri Sembilan...........den nengok anak-ank kito hari ini makin lamo makan lupo diri........
Masjid udah la tak poi.....ni minimum arak tak nyedarkan diri..............udah macam setan nengoknyya......apo pulak pendapat saudara minang ku di luar sana ???????????

19 Apr 2009

" Rokok Pembunuh "

CAhaya LanterA KAsih


CAhaya Lantera KAsih
Sinar bercahaya membuat terlalu ramai yang terleka
berenang mencari intipati kehidupan... takala
cahaya lantera semakin pudar dimakan waktu
dimana kita dengan jiwa yang penuh kekotoran
layakkah untuk kita menikmati CAhaya Lantera KAsih ini


CAhaya Lantera Kasih
masih lagi memberi harapan untuk menyinari langkah perjuanga
bagi yang tidak pernah mengalah dalam perjuangan
CAhaya Lantera Kasih masih setia menyinari jalan kehidupan ini
cuma yang perlu usaha dan tingkat perjuangan..... yang sesekali jangan luntur
ditelan zaman ditelan perubahan


sedarlah ......
kerana dengan sedar dan taqwa
kita tetap akan merasainya walaupun sedikit cuma....
CAhaya Lantera KAsih tidak akan pudar selamanya...

PengAbadiaN


Dalam kabus pagi yang membelenggu
Aku Melihat Wajahmu
Dalam Aku Resah mencari arah tujuku
Aku Melihat Wajahmu
Dalam aku tercari-cari erti kewujudan idupku
Aku Melihat Wajahmu
Dan....

Dalam Aku Melihat Wajahmu...
Aku Mula Mengharapkanmu...menemani kewujudan diriku ini
Aku Mula Mengharapkanmu...menyinari kelam hidupku
Aku Mula Mengharapkanmu... berada disisiku
TApi....

Setiap harapan mesti ada batasan kewujudannya
Setiap perancangan mesti ada sempadanyya
Tapi untuk menyintaimu dan memiliki kasih mu
Tiada sempadan waktu yang dapat memisahkan aku
kerana....

Yang tinggal cuma sebuah PengAbadian
Yang mengarapkan setitik nur kasih tumpah ke dasar hatiku
YAng akan menyuburkan hatiku.....dengan PengAbadian
Sebuah CINTA penuh perasaan...

IKAN EMAS: Terapi Apa-Apa Aje

menjelayah ke dunia imiginasi ada baiknya untuk mengatsi STRESSS

16 Apr 2009

Adat digali,istiadat dihalusi

PANTUN SEMARAK SERI
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah hinggap di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh

Rama-rama si kubang jati
Tuan Khatib pulang berkuda
patah tumbuh hilang berganti
Pusaka Permaisuri begitulah jua

Intai mengintai dalam istana
Dato’ Dagang , Seri Amar ,Raja Di-wangsa
Kelibat satu lain tiada
Orang Empat tempat bertanya

Tanah Mengandong luaknya lima
Kerapatan di ujud Dato’ Penghulu
Setelah sah lain tiada
Sebulat muafakat sepakat setuju

Calon disembah,titah dinanti
Pekenan Duli sudahlah pasti
Adat digali istiadat dihalusi
Pelantikan kini telah terbukti

Adat kejadian berpasang-pasang
Satu ia, dua sekata
Tatkala mahkota telah terpasang
Bertambah seri tahta singgahsana

Wajah anggun bertambah seri
Bermahkota bersemayam di singgahsana
Tunku Ampuan Besar bergelar kini
Permaisuri istana menerangi tahta

Penghulu Luak Tanah Mengandong
Tiang Balai teraju ulung
Istiadat menabal harus dilangsung
Taat setia titah dijunjung

Langkah diatur menjunjung Duli
Setiap gerak membawa erti
Ikhlas setia sumpah sejati
Balairong saksi segala bukti

Curik Si Mala Giri senjata sakti
Si Kati Muno hancur dipancung
Pusaka Permaisuri diganti bersaksi
Tunku Ampuan Besar daulat menyanjung

Ampun Tuanku.

Selesai sudah istiadat Pelantikan dan Pertabalan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Aishah Rohani binti Al-Marhum Tengku Besar Mahmud.Istiadat yang diwarisi sejak berzaman lamanya berlangsung dengan tertib dan penuh dengan tradisi di-Raja sebagai melambangkan keunggulan institusi itu sendiri.

susah wooooooooooooo keje dalam program istiadat............cian kat kawan-kawan yang kena keje hari tu......tapi yang bestnya aku tak gi wawawawawa maybee next time