27 Apr 2009

7Eleven Nak Di BOIKOT.....................Kenapa ????

Semasa Mesyuarat Agung PAS Kawasan Rembau kali ke 6 pada Ahad 19 April 2009 di Markas PAS Kawasan Rembau di Kg Senama beberapa perwakilan telah membangkitkan kerisauan yang amat sangat akan gejala minum arak yang semakin kronik di kalangan orang Melayu khususnya di kawasan Rembau.
Ramai perwakilan yang setuju satu langkah yang drastik perlu diambil oleh umat Islam yang prihatin agar tindakan 7 Eleven yang menggaji pekerja Melayu menjual arak kepada orang Melayu. Walaupun ada terdapat kenyataan bahawa arak tidak boleh dijual pada orang Islam namun penguatkuasaannya adalah amat lemah memandangkan rangkaian 7 Eleven ini beroperasi 24 jam.
Justeru itu marilah semua umat Islam yang prihatin agar kita semua memboikot rangkaian kedai 7 Eleven demi menyelamatkan generasi umat Islam dan bangsa Melayu.
Ini merupakan keterangan yang dipetik dari Laman Blog PAs Negeri Sembilan...........den nengok anak-ank kito hari ini makin lamo makan lupo diri........
Masjid udah la tak poi.....ni minimum arak tak nyedarkan diri..............udah macam setan nengoknyya......apo pulak pendapat saudara minang ku di luar sana ???????????

2 ulasan:

  1. tu sumo kono bobuek sosuatu.
    kot tak nye kang, yang nak jadi generasi maso dopan, diorang jugak.
    teruskan perjuangan yang menanti untuk diselamatkan dari malapetako....

    BalasPadam
  2. dari dulu lagi memang ada bunyi nak boikot 7E ni..
    Pihak 7E tahu org islam nak boikot jdi 7E buat sikit perubahan iaitu tak jual arak pada orang islam..
    Tak percaya cuba beli dapat ke tak..
    ada gak kawan2 kata adakala lepas gak beli arak.. mungkin si penjual tu anak setan kot

    BalasPadam