1 Nov 2010

‘Konspirasi syaitan’ makin panas

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Pendedahan mengenai konspirasi syaitan’ antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin panas apabila strategi halus parti itu untuk menguasai Kerajaan Persekutuan pula ‘dilondehkan’ oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

Beliau yang juga bekas wakil rakyat PKR mendakwa, dalam usaha untuk memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri diisi oleh DAP tanpa sebarang bantahan oleh masyarakat bumiputera, parti tersebut akan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi Parlimen.

Strategi itu selaras dengan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melantik pemimpin Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.“DAP akan meletakkan seorang dua calon Melayu sebagai ‘badut’ untuk bertanding di kerusi Parlimen yang selamat dan jika pembangkang menang pilihan raya umum, langkah sementara adalah melantik ‘badut’ tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memenuhi kuota DAP.

“Ini akan berterusan sehingga suasana politik tenang dan stabil. DAP akan menunggu sehingga mereka benar-benar mencengkam Kerajaan Persekutuan dan selepas itu barulah Penasihat DAP, Lim Kit Siang ‘ditabal’ sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dakwaan terbaru itu dalam entri terkini bertajuk Konspirasi Syaitan II di dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com, hari ini, sebagai susulan kepada pendedahan awal yang dibuat semasa membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat minggu lalu.

RUJUKAN : UTUSAN ONLINE ( 2.11.2010 )

apolah nak jadi masyarakat hari ni....sodih pulak bilo mengonang saat-saat orang lamo berjuang menuntut kemerdekaan.....agoknyo owang zaman ni dah buto sejarah agak ehhh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan