Angin bertiup lembut
mengalunkan alunan pasir tanah arab
yang membawa perkhabaran
Khabar kemanusiaan dari tanah seberang
yang penuh pergolakan yang penuh pembunuhan
kekejaman tidak bermata lagi
hinggakan kanak-kanak kecil disangkakan pengganas
di bumi mereka sendiri
dimana lagi erti Kemanusiaa
jika secara terangan bumi bertuah ini terus digasak ZIONIS
dimana suara kemanusiaan dunia
jika masing-masing terus berdiamkan diri
sanggupkah kita semua menatap lagi kemanusiaan terus dizalimi
bangkitlah pejuang Kemanusiaan
bangkitlah dari serata ceruk rantau
kita tuntut hak kita sebagai rakyat merdeka
kita tuntutan hak suadara Islam kita yang menderita
mari kita tuntut hutang darah saudara kita dari ZIONIS
mari kita laungkan semuala suara Kemanusiaan
mari kita lakukan
15 Feb 2009
8 Jan 2009
Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu
Pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara calon Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.Sangat dasyat sekali bila rakyat malaysia bersuara.
Sekarang ni semu perhatian dibawa kesana kerana dengar-dengarnya ada desas desus akan berlakunya pecah undi. Betul ker ????
Yang pasti anak-anak Minang di Jelebu ni tak kiralah Dari Parti Kerajaannya ( BN ) dan Parti Pembangkang ( PAS / PKR ) sendiri semakin ramai yang ke sana bagi sama-sama memeriahkan suasana disamping berusaha untuk parti masing-masing.Insyallah.
Pada 17 Januari ini, SPR anggarkan seramai 80,229 pengundi berdaftar meliputi 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pengundi pos akan mengundi. Peratus pengundi di Kuala Terengganu yang keluar membuang undi pada pilhanraya umum yang lalu melebihi 80%, jumlah yang memberangsangkan. Ini bermakna rakyat Kuala Terengganu memang menitikberatkan masa depan mereka dan teliti dalam memilih pemimpin mereka.
Tetapi persoalannya sudah bersediakah rakyat Terengganu memilih bakal pemimpin mereka atau mereka masih keliru dengan berbagai isu yang disuarakan bermacam pihak ?
Bagaimana peratusannya nanti adakah akan menujukkan pertambahan pengundi ke mana-mana pihak atau semakin ramai yang mendiamkan diri ?
Suarakan pandangan anda anak-anak minag semoga dapat dikongsikan bersama....
Salam...........pilihanraya Kecil Terangganu
Selamat Tahun Baru 2009
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera,
Dengan penuh rasa kesyukuran saya mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan tahun baru 2009 kepada seluruh keturunan anak-anak minang dan juga khususnya kepada warga kerja Jabatan Penerangan Malaysia.
Kehadiran tahun baru ini hendaklah disemamtkan dengan iktizam untuk membentuk satu mutu kerja serta cara idup yang lebih teratur serta disemai dengan benih adat budaya bangsakita khsusnya minangkabau agar tidak terus ilang ditelan arus masa.
Buat tantapan anak-anak Minang khususnya, marilah kita berazam untuk memastikan Negara terus berada dilandasan terbaik dari tahun sebelumnya. Kita jadikan segala pengalaman sepanjang tahun 2008 sebagai pengajaran dan kita buka lembaran baru di tahun 2009 dengan tekad dan hasrat untuk memastikan Negara Malaysia tercinta ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang diarena antarabangsa.
Marilah kita sama-sama berdoa, moga tahun 2009 akan lebih baik bagi kita semua berbanding tahun 2008.
Terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)